Wednesday, March 2, 2011

CTU - ASSIGNMENT FOR USTAZ ABD. AZIZ B. HARJIN


TAJUK:
SEJARAH PENUBUHAN DAN PERANAN SURAU AS-SYAKIRIN IBUPEJABAT POLIS DAERAH KUALA MUDA 08000 SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151


DISEDIAKAN OLEH:
KHAIRUL AZWAN BIN PISUAL
No Matrik : 2010469962
Kumpulan: BMB2BB


PROGRAM:
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEWANGAN)

TARIKH HANTAR: 2/3/2011
                                                  
  



ISI KANDUNGAN
1. Isi kandungan
2. Pendahuluan
3. Sejarah penubuhan
4. Peranan
5. Masalah dan Cara Penyelesaian yang Dihadapi
6. Penyelesaian
7. Penutup





PENDAHULUAN

Bismillahhirahmanirohim. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh. Bersyukur kehadrat Ilahi atas keizinanNYA memberi saya kekuatan untuk menghasilkan esei ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran CTU iaitu yang berbahagia Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana memberikan tunjuk ajar dan panduan kepada saya bagi menyiapkan tugasan esei ini.
Tujuan penulisan esei ini adalah bertujuan untuk mendedahkan asal usul penubuhan surau di kawasan perumahan saya dan aktiviti – aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh pihak surau di kawasan rumah saya ini.
Diharapkan agar dengan hasilnya esei yang saya coretkan ini dapat sedikit sebanyak memberi pengetahuan kepada mana – mana pihak yang ingin mengenali lebih mendalam tentang kewujudan surau As-Syakirin dan antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan dan bakal dijalankan.




SEJARAH PENUBUHAN
Surau As-Syakirin Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ini ditubuhkan pada tarikh 25 Februari 2008. Surau ini telah ditubuhkan seiring dengan bangunnya Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda. Surau ini telah dirasmikan oleh bekas Ketua Polis Negara iaitu Datuk Seri Norian Mai. Surau ini mampu menampung seramai 300 orang lebih jemaah pada tiap-tiap waktu. Keluasan surau ini hampir menyerupai saiz sebuah masjid. Surau ini diketuai oleh seorang imam yang bernama Ustaz Syed Hamad Bin Azlim manakala mempunyai 2 orang pembantu yang bernama En.Azman Bin Isa dan Ustazah Rahmah Binti Ismail. Surau ini juga mempunyai seorang bilal yang bernama En. Hadi bin Awang Kechik dibantu oleh adik Nor Aiman bin Hahya yang berfungsi sebagai pembantu bilal. Mempunyai seorang siak yang bernama Haji Ali bin Haji Tukiman. Jawatankuasa-jawatankuasa yang lain yang menjalankan pentadbiran telah diambil alih oleh pengurusan pusat Perumahan Polis IbuPejabat Daerah Kuala Muda, Sungai Petani Kedah.



PERANAN SURAU AS-SYAKIRIN
Selain menjadi tempat ibadah harian bagi penduduk perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, surau As-Syakirin juga menjadi tempat tumpuan bagi segenap penduduk perumahan polis ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan setiap aktiviti yang diajurkan telah mendapat sambutan yang begitu menggalakan daripada penduduk perumahan polis ini.
Selain menjadi tempat ibadat wajib bagi umat Islam di perumahan polis ini, pihak pengurusan surau ini juga telah mengadakan aktiviti – aktiviti berunsurkan kerohanian contohnya kelas bacaan Al-Quran bagi anak – anak penduduk. Selain itu, kelas menghafaz Al-Quran juga telah diadakan bagi penduduk-penduduk yang lebih berusia. Kuliah suboh mingguan serta bulanan jugak telah diadakan dan pihak pengurusan surau telah menjemput penceramah luar bagi menyampaikan kuliah suboh berkenaan.
Surau As-Syakirin jugak menjadi menjadi tempat masyarakat setempat berkumpul dan bergaul. Hal ini dapat dibuktikan dengan setiap kenduri yang dirancang dalam kawasan perumahan polis mestilah diadakan aktiviti masak tersebut di kawasan halaman surau.Hasil dari langkah yang diambil dapat mengeratkan hubungan baik diantara masyarakat setempat.
Selain daripada itu, pihak surau jugak mengadakan solat sunat Aidiladha pada setiap hari raya tersebuat memandangkan ramai penghuni di kawasan perumahan ini tidak pulang beraya di kampong halaman mereka.Ibadah korban juga akan diadakan pada setiap tahun dan sumbangan haiwan korban ini selalunya akan disumbang oleh pihak pentadbiran Polis Daerah Kuala Muda sendiri disampaing individu- individu tertentu serta pihak-pihak korperat.
Pihak pengurusan surau ini juga telah menubuhkan jawatan kuasa pengurusan jenazah. Rasional penubuhan jawatan kuasa pengurusan jenazah ini adalah dapat digunakan perkhidmatan mereka ketika berlakunya kematian didalam kawasan perumahan ini. Pihak ini akan menguruskan soal memandikan jenazah hingga ke proses pengkebumian jenazah tersebut.



MASALAH DAN PENYELESAIAN YANG DIHADAPI OLEH SURAU AS-SYAKIRIN
Masalah utama yang dihadapi oleh surau As-Syakirin adalah sama seperti mana mana-mana surau dan masjid yang ada. Masalah utama yang dihadapi oleh surau As-Syakirin ialah kurangnya Jemaah yang datang untuk berjemaah pada setiap masuk waktu solat fardu. Masalah ini akan lebih kelihatan jika masuknya waktu solat subuh kerana boleh dikatakan jumlah yang dating berjamaah adalah amat kurang dan hingga pada satu tahap, bilangan yang dating tidak mampu memenuhkan saf pertama surau. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak pengurusan surau telah menggunakan beberapa pendekatan yang tegas antaranya mewajibkan setiap blok rumah dikawasan tersebut menghantar wakil untuk sembahyang subuh di surau sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Antara masalah-masalah yang lain yang dihadapi oleh pihak pengurusan surau As-Syakirin adalah kurangnya dana kewangan bagi manjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada penduduk setempat.Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak pengurusan surau telah menjalankan akitiviti perniagaan pada bulan Ramadan dengan melakukan perniagaan menjual lauk pauk di bazar-bazar ramadhan dan hasil untuk yang diperolehi akan dimasukkan kedalam tabung dana amanah surau As-Syakirin. Disamping berniaga, sumbangan-sumbangan ikhlas juga telah diterima daripada penghuni kawasan ini antaranya sumbangan wang ringgit, barang keperluan masakkan,dan sebagainya.


PENUTUP
Sebagai kesimpulan, surau As-Syakirin bukan sahaja menjadi tempat melakukan ibadat bagi setiap penduduk di kawasan perumahan polis ini, malahan surau ini menjadi “one stop centre” bagi setiap pengghuni kawasan perumah polis ini dimana semua aktiviti kemasyarakatan boleh diadakan di dalam kawasan surau ini.Harapan saya agar pihak pengurusan surau As-Syakirin ini dapat lagi memperkuatkan struktur pentadbiran dan pengurusan surau ini agar ia dapat menjadi medium perantaraan bagi memperkuatkan ukuwah masyarakat kawasan perumahan Polis Daerah Kuala Muda ini.